Tular Pegawai Kastam Didakwa Minta RM100 Untuk Lepas Bawa Bakso

Perkongsian seorang pengguna Threads yang mendakwa diminta membayar RM100 oleh seorang pegawai kastam ketika tiba di Malaysia dari Indonesia terus menjadi perhatian selepas beliau memuat naik salinan laporan polis yang didakwa dibuat berhubung kejadian tersebut.

kastam rasuah


Menerusi salinan laporan yang dikongsikan, pengadu mendakwa tiba di Terminal 2 KLIA pada 11 Julai sebelum ditahan untuk pemeriksaan selepas membawa bakso dari Indonesia.

Menurut laporan itu, seorang pegawai lelaki didakwa memanggil seorang pegawai wanita untuk membuat pemeriksaan lanjut sebelum beliau dimaklumkan bahawa makanan tersebut melanggar peraturan dan perlu membuat bayaran sebanyak RM100.

Pengadu turut mendakwa beliau tidak mempunyai wang tunai dan hanya boleh membuat pembayaran melalui kod QR.

Dalam laporan tersebut, beliau mendakwa pembayaran RM100 dibuat melalui transaksi QR ke akaun yang didakwa milik individu.

Pengadu turut mendakwa wang tersebut dipulangkan semula kepadanya pada keesokan hari selepas isu berkenaan menjadi tular di media sosial.

laporan polis kastam minta rm100 bakso

Sebelum ini, pengguna Threads @brayenngabriel turut mengakui bahawa beliau melakukan kesalahan kerana membawa masuk bakso ke Malaysia, namun mempersoalkan dakwaan bayaran yang diminta tidak mengikut prosedur.

"Kalau memang saya salah then ikut prosedur lah, saya bayar time tu sbb saya takut berhadap dengan pegawai berpangkat, saya budak 19 tahun first time flight sorang sorang."

Dalam perkongsian tersebut juga, pengguna Threads berkenaan turut berkongsi tangkap layar yang didakwa mesej dari pegawai kastam terlibat yang memohon maaf dan ingin kembalikan wang tersebut.

pegawai kastam rasuah bakso lapangan terbang


Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen. Ramai berpendapat isu membawa masuk makanan dan dakwaan pembayaran kepada akaun peribadi merupakan dua perkara berbeza yang perlu disiasat.

Seorang pengguna Threads, @themschmidt, menulis:

"Isu pertama di sini adalah kastam minta duit pastu masuk kat personal acct. Isu kedua adalah saudara ni bawa bakso masuk malaysia. Persoalannya kenapa pegawai tu minta bayaran tapi salurkan ke personal acct. Kalau saudara ni salah, sepatutnya bayar denda atas barangan yang disita atau disita terus. Ikut prosedur barangan larangan."

Seorang lagi pengguna, @a.wrdtul, turut menggesa supaya laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"You did good. Hntr report to SPRM. Tp in future, please don't enable the rasuah lagi okay even tho u takut kena marah dgn mak u ke apa."

Setakat ini, dakwaan yang dikongsikan di Threads itu belum disahkan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa.

Sumber: Threads @brayenngabriel

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!