[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan

Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun lalu, semakin ramai pelancong dari Indonesia memilih Kelantan sebagai destinasi percutian.

Bukan sekadar menikmati makanan dan melawat tempat menarik, ramai juga pulang dengan cerita yang membuatkan rakyat Kelantan sendiri tersenyum bangga.

Menurut perkongsian pengguna TikTok @momochtaufik, perkara pertama yang menarik perhatiannya ialah tulisan Jawi yang memenuhi papan-papan tanda di seluruh negeri.

Beliau menjelaskan kepada pengikutnya bahawa Jawi merupakan antara identiti masyarakat Melayu Islam di Kelantan dan usaha mengekalkannya menjadi satu kebanggaan yang masih dipertahankan sehingga hari ini.

Malah, beliau turut menyifatkan Kelantan sebagai negeri yang paling konsisten memartabatkan tulisan Jawi walaupun beberapa negeri lain kini mula mengikut langkah sama.

Tanpa disedari, perkongsian seperti ini sebenarnya menjadi promosi percuma kepada Kelantan di mata masyarakat Indonesia.

Ikuti video tersebut di bawah:

@momochtaufik

Kalo kamu main ke Kelantan, Malaysia, kamu bakal banyak nemuin signboard dengan tulisan Jawi (huruf arab tapi dengan bahasa melayu) dimana mana. Ini adalah salah satu simbol pembangunan di Kelantan yang menjalankan tema ‘Membangun Bersama Islam’. Bagi masyarakat Kelantan, tulisan Jawi adalah simbol identitas orang Melayu dan umat Islam. Dengan mempertahankan tulisan Jawi di ruang publik, ada rasa bangga untuk memelihara warisan seni budayanya sendiri agar tetap hidup di tengah modernisasi. Gerakan memartabatkan tulisan Jawi ini belakangan juga mulai diikuti oleh beberapa daerah lain di Malaysia, seperti di Kuantan (Pahang) dan Kedah, namun Kelantan tetap menjadi pelopor yang paling konsisten dalam menerapkannya di setiap sudut kota✨ #Kelantan #TulisanJawi #Malaysia

♬ suara asli - Peminat Nomor 1 Antonov☝️ - Peminat Nomor 1 Antonov☝️

Sumber: TikTok @momochtaufik

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!