Dua Maut, Dua Cedera Dalam Kemalangan Di Manek Urai

Dua individu disahkan maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Simpang 3 Manek Urai Lama, Kuala Krai, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.12 pagi.

Susulan panggilan tersebut, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai segera bergegas ke lokasi kemalangan.

Menurutnya, insiden itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kembara dan Honda City.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang pemandu Perodua Kembara dan seorang penumpang Honda City disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemandu Honda City dan penumpang Perodua Kembara pula mengalami kecederaan,” katanya.

Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang cedera sebelum diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, dua mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.


Sumber: Buletin TV3

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!