Insiden Letupan Di Universiti Swasta, Mangsa Meningkat 10 Orang Termasuk Seorang Maut

Jumlah mangsa terlibat dalam insiden letupan kompresor di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara meningkat kepada 10 orang, termasuk seorang disahkan maut, lapor Bernama.

KEMASKINI TERKINI: Letupan Di Universiti Swasta Bukit Damansara: Lelaki 24 Tahun Maut, Sembilan Lagi Cedera



Perkembangan terkini itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.

Sebelum ini, media melaporkan sembilan individu cedera dalam kejadian letupan yang berlaku di kawasan penyelenggaraan sistem penyaman udara universiti berkenaan pada Isnin, kira-kira jam 11.40 pagi.

Menurut Datuk Fadil, mangsa terdiri daripada pelajar, kakitangan pengurusan, pekerja kontraktor serta warga asing yang bekerja sebagai penjaga kafeteria di universiti tersebut.

Daripada sembilan mangsa yang dilaporkan sebelum ini, empat merupakan pelajar, dua pekerja kontraktor luar yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan, seorang kakitangan pengurusan, serta dua warga asing yang bekerja di premis kafeteria.

“Ada mangsa mengalami kecederaan parah manakala selebihnya cedera ringan,” katanya ketika sidang media.

Beliau berkata, semua mangsa telah dihantar ke beberapa hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya lagi, kejadian berlaku di kawasan penyelenggaraan pendingin hawa tingkat empat, berhampiran kafeteria bangunan universiti berkenaan, ketika jumlah pelajar masih belum ramai kerana sesi pembelajaran belum bermula sepenuhnya.

“Siasatan awal mendapati kejadian ini melibatkan dua individu teknikal yang berada di lokasi bagi menjalankan kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

“Akibat letupan itu, terdapat mangsa mengalami kecederaan melecur serta terkena serpihan, termasuk runtuhan dinding konkrit di kawasan terbabit,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa punca sebenar letupan masih dalam siasatan dan setakat ini tiada unsur jenayah dikenal pasti.



Pasukan bomba dan penyelamat turut menjalankan pemeriksaan keselamatan dan mengesahkan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat, sementara siasatan lanjut diteruskan.

Sumber: Sinar Harian, Bernama

SHARE:

TERKINI

Cucu Tok Guru Nik Aziz, Senator Azhar Pilih Berdamai Tamatkan Kontroversi
|
Kontroversi melibatkan cucu bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik…
MB Kelantan Salur Bantuan Awal Kepada Mangsa Kebakaran Gok Kapor
|
Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran…
Remaja 15 Tahun Cuci Kereta Demi Keluarga, MAIK Tampil Hulur Bantuan Buat Shamir
|
Seorang remaja berusia 15 tahun yang sebelum ini terpaksa…
Tragedi Tohoi: Hilang Dalam Hutan 47 Hari, Dua Murid Sekolah Berusia 10 Dan 11 Tahun Ditemui Selamat
|
Hampir 11 tahun berlalu, namun tragedi kehilangan tujuh murid…
Ibu Angkat Ditahan Kurung Kanak-Kanak 9 Tahun Dalam Stor Belakang Rumah
|
Nasib malang seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang…
Jangan Hukum Semua Pelarian Rohingya Kerana Kesalahan Segelintir Individu – ABIM
|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan bahawa pendirian mereka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!