Serangan Udara Israel Di Selatan Lubnan Ragut 7 Nyawa Termasuk Kanak-Kanak 4 Tahun

Israel dilaporkan kembali melancarkan serangan ke atas Beirut apabila tentera negara itu membedil kawasan kejiranan Jnah di pinggir selatan ibu negara Lubnan.

Serangan tersebut dilaporkan sangat kuat sehingga boleh didengari oleh anggota pasukan Al Jazeera yang berada di bahagian lain bandar.

Sekurang-kurangnya tujuh individu termasuk sebuah keluarga seramai enam orang terbunuh dalam serangan udara Israel di Kfar Hatta, daerah Sidon di selatan Lubnan hari ini.

Menurut sumber pertahanan awam Lubnan kepada AFP, serangan itu meragut tujuh nyawa, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Agensi berita kerajaan Lubnan, National News Agency turut melaporkan bahawa serangan udara tersebut menyasarkan kawasan Kfar Hatta dan menyebabkan korban jiwa dalam kalangan orang awam.

Sebelum itu, Israel dilaporkan aktif di ruang udara Beirut sejak beberapa jam kebelakangan ini, dengan jet pejuang terbang rendah di sekitar kawasan ibu kota.


Sumber: Al Jazeera

SHARE

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!