PM Beri Amaran Harga Melambung, Minta Rakyat Bersedia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang ramai supaya bersedia menghadapi kenaikan harga yang dijangka berlaku dalam masa terdekat susulan krisis minyak global yang tercetus akibat perang Iran.

Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan penjawat awam agar bersiap sedia membantu kerajaan dalam menangani isu yang timbul akibat situasi semasa.

“Memahami bahawa kita memang hadapi masalah walaupun kadang-kadang orang fikir belum lagi kerana kita belum beratur lagi kat stesen minyak.

"Belum ada masalah. Tak betul. Memang ada (masalah) kerana harga sudah melambung,” katanya.

Anwar berkata, orang ramai tidak seharusnya menunggu sehingga masalah menjadi lebih besar sebelum mengambil langkah bersedia.

“Saya ke Felda hari Ahad, Felda di Pengerang, Kota Tinggi.

"Bulan ini harga tidak meningkat ketara tetapi harga baja, fertilizers akan meningkat tinggi kerana peratus import baja terlalu tinggi.

"Jadi, itu yang saya gambarkan. Jadi jangan kita tunggu bila ada masalah baru kita terkejut.

"Tugas kita menjelaskan bahawa.. Kita harus bijak menangani masalah ini,” katanya lagi.

Kos Insurans Dan Logistik Turut Naik

Beliau berkata terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga produk berasaskan petroleum, walaupun Malaysia berjaya memastikan laluan selamat bagi kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz.

Namun, katanya kos lain tetap meningkat akibat konflik itu termasuk premium insurans bagi pengangkutan maritim serta peningkatan caj penghantaran.

“Ini bermakna kos untuk memproses minyak yang sampai ke Pengerang (penapisan minyak di Johor) juga meningkat,” jelasnya.

Anwar berucap kepada sekumpulan penjawat awam semasa perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.


Sumber: Malaysiakini

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!