Pemandu Mabuk, Positif Dadah Hadapi Tuduhan Bunuh

Seorang juruteknik yang dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penunggang motosikal dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu.

Tertuduh, R. Saktygaanapathy, 28, didakwa menyebabkan kematian Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, Klang kira-kira jam 11.47 pagi pada 29 Mac lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Khartiyayini kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengaku Bersalah Kes Ambil Dadah

Dalam pertuduhan berasingan di mahkamah sama, Saktygaanapathy mengaku bersalah memberi dirinya dadah dipercayai jenis Benzo dan THC ke dalam badan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada jam 3.30 petang, 29 Mac lalu.

Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun serta boleh dikenakan perintah pengawasan tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Tiada Jaminan Ditawarkan

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin tidak menawarkan ikat jamin kerana tertuduh turut berdepan pertuduhan membunuh.

Tertuduh juga tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Jun depan untuk sebutan semula semua kes dan penyediaan laporan patologi.

Isteri Mangsa Hadir Ikuti Prosiding

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna putih dan berseluar pendek kelabu tiba di pekarangan Mahkamah Klang pada jam 8.50 pagi dengan kawalan ketat polis.

Isteri Allahyarham Amirul Hafiz, Nor Nadia Abdul Majid, 32, turut dilihat hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding pendakwaan hari ini.

Mangsa Tercampak Ke Atas Kereta Lain

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Lim Jit Huey memaklumkan penunggang motosikal maut selepas dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat.

Kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas bumbung sebuah kereta lain dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Siasatan awal mendapati kereta Honda City dipandu suspek menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya sebelum dipercayai memotong beberapa kenderaan, memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.

Akibat pelanggaran yang tular di media sosial itu, mangsa dilaporkan tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!