Pakar Psikologi Iran Dakwa Tahap Kesihatan Mental Trump Membimbangkan

Sekumpulan pakar psikologi dari Iran menggesa rakan sejawat mereka di Amerika Syarikat (AS) untuk mengadakan dialog profesional berhubung tahap kesihatan mental Presiden AS, Donald Trump yang didakwa menimbulkan kebimbangan terhadap keamanan global.

Desakan itu dibuat menerusi surat terbuka yang ditandatangani oleh Iranian Psychological Society, yang menyeru agar satu penilaian saintifik dilakukan terhadap corak tingkah laku Trump yang disifatkan boleh memberi kesan besar kepada kestabilan dunia.

Menurut kandungan surat tersebut, pakar psikologi Iran turut mempersoalkan sama ada terdapat mekanisme khusus di AS bagi menilai dan memastikan kestabilan psikologi seorang Presiden yang sedang memegang jawatan.

Sifat Narsisistik, Impulsif Antara Dibangkitkan

Dalam surat sama, mereka menyenaraikan beberapa ciri tingkah laku yang dianggap membimbangkan termasuk:

  • 1.retorik agresif
  • 2. kecenderungan mencari perhatian melampau
  • 3. kurang empati
  • 4. sifat narsisistik
  • 5. impulsif
  • 6. kenyataan bercanggah
  • 7. ancaman terhadap negara lain

Menurut mereka, ciri-ciri tersebut berpotensi menunjukkan kewujudan gangguan personaliti tertentu dan sekali gus menimbulkan persoalan serius terhadap keupayaan membuat keputusan di peringkat tertinggi.

Kaitkan Dengan Konflik AS-Iran

Pakar psikologi terbabit turut mengaitkan isu berkenaan dengan konflik semasa melibatkan AS dan Iran yang didakwa memberi kesan psikologi jangka panjang kepada masyarakat awam.

Mereka berharap surat itu dapat membuka ruang perbincangan membina antara komuniti psikologi kedua-dua negara, selain menegaskan tanggungjawab bersama dalam memastikan kesejahteraan mental global dan keamanan dunia.

Dalam perkembangan sama, isu kesihatan mental Trump turut menjadi perdebatan di AS, apabila sebahagian pihak mencadangkan penggunaan Pindaan ke-25 Perlembagaan Amerika Syarikat bagi menilai keupayaan beliau untuk terus memegang jawatan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!