Menteri Kecewa LTSIP RM450 Juta Jadi Litar Lumba, JPJ Akan Rampas & Sita Motosikal

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan merampas dan menyita motosikal mana-mana individu yang didapati merempit di balai perlepasan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau sudah mengarahkan JPJ supaya menjalankan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran di kawasan tersebut.

BERKAITAN: ‘Budak Darat’ Datang Celah Mana Merempit Di LTSIP Pengkalan Chepa


“Sesiapa yang berani merempit di depan airport akan disita terus motosikal mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Arah MAHB Perketat Laluan Masuk

Beliau turut meminta pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) supaya memperketatkan laluan masuk dan keluar ke bangunan terminal bagi membendung gejala itu.

Anthony menyifatkan perbuatan kumpulan ‘mat rempit’ tersebut bukan sahaja menyedihkan, malah memalukan.

“RM450 Juta Dinaik Taraf, Tapi Dijadikan Litar”

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan membelanjakan hampir RM450 juta untuk menaik taraf lapangan terbang itu bagi memastikan konektiviti udara yang lebih baik di Kelantan.

Tambah beliau, projek itu juga bertujuan menjadi pemangkin pembangunan sosioekonomi rakyat Kelantan serta menarik lebih ramai pelancong ke negeri berkenaan.

Namun, katanya, tindakan kumpulan ‘mat rempit’ menjadikan kawasan balai perlepasan sebagai litar lumba bukan sahaja membahayakan orang ramai, malah disifatkan sebagai sabotaj terhadap keselamatan dan ekonomi negeri.

Isu Tular Sejak Ramadan

Terdahulu, media melaporkan balai perlepasan terminal baharu LTSIP yang kurang sebulan beroperasi sepenuhnya telah dijadikan lokasi aktiviti merempit sejak Ramadan lalu.

Kejadian itu mula tular selepas dirakam pengguna lapangan terbang pada Jumaat malam, sebelum pihak polis dan JPJ dilihat melakukan rondaan secara berkala.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lari Dari Sekatan Polis, Dua Rohingya Ditahan Bersama 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang
|
Cubaan dua lelaki etnik Rohingya melarikan diri daripada pemeriksaan…
RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!