‘Budak Darat’ Datang Celah Mana Merempit Di LTSIP Pengkalan Chepa

Balai perlepasan di terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa yang belum sebulan beroperasi sepenuhnya didakwa dijadikan ‘litar lumba’ oleh kumpulan mat rempit.

Menurut laporan Sinar Harian, Aktiviti berbahaya itu dikatakan berlaku sejak Ramadan lalu dan berlarutan sehingga Jumaat malam sebelum mula tular di media sosial selepas dirakam oleh pengguna lapangan terbang berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian sekitar jam 7 hingga 9 malam pada Sabtu bagaimanapun mendapati kelibat mat rempit tidak muncul seperti biasa selepas unit kereta peronda polis (MPV) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan rondaan secara berkala.

jpj ltsip pengkalan chepa

Foto: Sinar Harian


Seorang petugas keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Fattah, 40, berkata kejadian itu berlarutan sejak balai perlepasan terminal baharu dibuka kepada pengguna pada 19 Mac lalu.

“Setiap malam selepas sahaja waktu berbuka puasa, anak-anak muda tidak kira jantina akan memenuhi kawasan ini dengan menunggang serta membonceng motosikal.

“Mereka jadikan kawasan ini seperti litar lumba. Ada yang buat aksi ‘wheelie’, rem, melawan arus dan bermacam-macam lagi,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurutnya, paling mengecewakan apabila terdapat remaja perempuan turut melakukan aksi ‘wheelie’ di kawasan tersebut.

Kumpul 40 Hingga 50 Motosikal

Fattah berkata, kumpulan berkenaan biasanya muncul dalam jumlah besar iaitu sekitar 40 hingga 50 motosikal dan melepak di hadapan balai perlepasan sambil melakukan aksi membahayakan orang ramai.

Katanya, apabila ditegur, mereka bukan sahaja melawan malah mempermainkan statusnya sebagai petugas keselamatan yang didakwa tidak mempunyai kuasa untuk menahan atau mengambil tindakan.

“Pihak pengurusan LTSIP juga ada membuat aduan kepada pihak polis beberapa kali. Apabila polis datang buat rondaan mereka lari sekejap, kemudian datang balik tanpa rasa takut.

“Mereka bukan sahaja berkumpul di ruangan perlepasan sahaja, malah di kawasan ketibaan juga. Mereka tunggang motosikal dari atas ke bawah buat macam tempat ini litar,” katanya.

Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan suasana menjadi bising sehingga orang ramai sukar bercakap di telefon kerana bunyi motosikal yang kuat.

Fattah turut menyuarakan kebimbangan perbuatan tersebut boleh menjejaskan imej negeri Kelantan kepada pelancong serta pengguna LTSIP.

“Hari ini Alhamdulillah, selepas ditular oleh orang ramai, polis dan JPJ ada buat rondaan berkala, mereka pun tidak muncul.

“Kalau ada motosikal yang parkir di sekitar balai perlepasan bukan mat rempit tetapi mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan menunggu pesanan,” katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial rakaman video memaparkan sekumpulan anak muda berkumpul beramai-ramai di balai perlepasan terminal baharu LTSIP, termasuk ada yang menghalang laluan pengguna pada Sabtu.

Tindakan kumpulan tersebut mengundang pelbagai kritikan pedas daripada warganet.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Pemandu Sempat Keluar, Treler Rosak Brek Terjunam Ke Dalam Gaung Di Gua Musang
|
Seorang pemandu treler bernasib baik apabila sempat keluar dan…
Bekas Pemain Kelantan Mahu Ambil Alih 80 Peratus Saham Kelantan WTS FC
|
Sekumpulan bekas pemain Kelantan yang bernaung di bawah Ex-Treble…
JKN Kelantan Siasat Isu Remaja Sesak Nafas Tunggu Lama Di Hospital Tumpat
|
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan menjalankan siasatan lanjut berhubung…
Anak Muda Kota Bharu Sanggup Turun Padang Bersihkan Bandar Tanpa Upah Demi Kelestarian Alam Sekitar
|
Ketika ramai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan…
PGA Serbu Dua Lokasi Proses Air Ketum Di Kota Bharu, Rampasan Hampir RM60,000
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) melumpuhkan kegiatan memproses dan menjual…
Remaja Maut, Putus Tangan Kanan Selepas Motosikal Bertembung Kereta Di Pasir Mas
|
Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!