Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam

Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh bapanya dalam kejadian minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Azwan Muhammad, 41, didakwa membunuh Muhammad Ishak, 83, di sebuah rumah di Kampung Baung Bayam, Kota Bharu pada jam 10.30 pagi, 20 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nadzir Abdullah memaklumkan laporan bedah siasat masih belum diterima dan memohon supaya tertuduh dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan psikiatri.

BERKAITAN:
Warga Emas 83 Tahun Maut Cedera Parah Di Kepala Di Baung Bayam, Kota Bharu
Tegur Anak Buat Air, Warga Emas Maut Ditumbuk Anak Sendiri Di Kota Bharu


Majistret Rais Imran Hamid kemudian mengarahkan tertuduh yang diwakili peguam Tengku Shazuan Tengku Shariffudin dan Ahmad Nizam Mohamed dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk penilaian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah turut menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Warga Emas Maut Dipercayai Ditumbuk Anak

Dalam kejadian pada 20 April lalu, seorang lelaki warga emas maut akibat cedera parah selepas dipercayai ditumbuk oleh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas suspek terkejut apabila ditegur oleh bapanya sebelum berpusing dan menumbuk mangsa.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Muat Dalam Volkswagen Beetle
|
Musim durian kali ini bukan sahaja membawa lambakan buah,…
Lelaki Ditahan Bersama 1,070 Pil Yaba Bernilai RM10,700 Dalam Axia
|
Tindakan seorang lelaki menyimpan lebih 1,070 pil yaba bernilai…
Juruwang Songlap Pin Touch ‘n Go Pasar Raya Lebih RM500,000 Sejak 2022
|
Tindakan seorang bekas juruwang pasar raya menyalahgunakan mesin terminal…
Imam Kelantan Kini Miliki Sijil Kemahiran Malaysia Dalam Pengurusan Masjid
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Penjaring Gol Terpantas Piala Dunia Kini Jadi Pelarian Di Amerika Syarikat
|
Nama Hakan Sukur pernah disanjung sebagai antara pemain bola…
Cubaan Lari Gagal, Lelaki Thailand Ditahan Bersama 9 PATI Di Tumpat
|
Cubaan seorang lelaki warga Thailand meloloskan diri daripada pemeriksaan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!