Kerajaan Nafi Madani Mart “Ciplak” KR1M, Sasar Buka 640 Cawangan Di Seluruh Negara

Kerajaan menafikan Madani Mart yang berkonsep kedai runcit harga rahmah dan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai ‘menciplak’ konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan pada 2011.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, bagi Madani Mart, kerajaan tidak mengeluarkan sebarang modal untuk pembukaan cawangan pertama yang terletak di Indera Mahkota, Kuantan.

“Tak mungkin ciplak sebab dalam model terdahulu (KR1M), kerajaan keluar modal... kerajaan bayar capex (perbelanjaan modal), kerajaan bayar untuk kerja ubah suai, inventori, beli stok.

“Tapi di sini (Madani Mart) kerajaan tak keluar modal, kerajaan satu sen pun tak keluar modal, jadi lainlah modelnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas pelancaran cawangan pertama Madani Mart hari ini.

Menurut Fuziah, model Madani Mart juga bukan berkonsep francais sepenuhnya kerana sistem francais biasanya mengikat operasi 100 peratus, sedangkan pendekatan Madani Mart adalah lebih fleksibel.

“Ia bukan juga konsep francais kerana kalau francais, ia mengikat 100 peratus, tapi model ini fleksibel,” katanya.

Sasar 640 Unit Madani Mart

Dalam perkembangan sama, Fuziah memaklumkan Madani Mart yang dikendalikan Yayasan Madani menyasarkan pembukaan secara berperingkat sehingga 640 unit di seluruh negara.

Untuk rekod, KR1M merupakan konsep kedai yang diperkenalkan ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri.

Perniagaan itu dilaporkan mengalami kerugian lebih RM100 juta sebelum ditutup sepenuhnya pada 2017.

Ketika itu, lebih 500 rangkaian KR1M dibuka sepanjang enam tahun operasinya.


Sumber: Malaysiakini

SHARE:

TERKINI

PRN Johor: Khairuddin Ajak Ahli PAS Undi BN Di Kawasan Tidak Tanding
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Takiri…
Markas Ajaran Syiah Diserbu, 226 Individu Termasuk 28 Kanak-Kanak Diperiksa
|
Sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana di Petaling…
KRW FC Laku Keras, Tarik Minat Syarikat Besar Jadi Penaja
|
Bakal beraksi di pentas tertinggi bola sepak negara musim…
Klinik Swasta Tanpa Tauliah, Warga Pakistan Jadi Doktor Palsu
|
Seorang lelaki warga Pakistan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai…
Pantai Timur Catat Kadar Penagihan Pil Kuda Tertinggi Di Negara
|
Negeri-negeri di Pantai Timur mencatat kadar penagihan dadah sintetik…
Lebih 10 Tong Sampah PBT Dibakar, Kelantan Rugi Lebih RM100,000
|
Kerajaan Kelantan menanggung kerugian melebihi RM100,000 selepas lebih 10…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!