AS Akan “Berundur’ Dari Iran Dalam Tempoh 2 Hingga 3 Minggu

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa tentera Amerika akan berundur dari Iran dalam tempoh “dua hingga tiga minggu”, sekali gus memberi gambaran bahawa serangan yang sedang berlangsung terhadap negara itu bakal berakhir.

Menurut laporan Anadolu Ajansi, Trump berkata demikian kepada pemberita ketika berada di Rumah Putih pada Selasa.

“Apa yang perlu saya lakukan hanyalah meninggalkan Iran dan kami akan melakukannya tidak lama lagi,” katanya.

Trump turut mendakwa objektif pentadbirannya untuk menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear telah berjaya dicapai.

“Mereka tidak akan memiliki senjata nuklear. Dan matlamat itu telah tercapai,” ujarnya.

Selain itu, beliau mendakwa serangan Amerika Syarikat telah melemahkan keupayaan ketenteraan Iran secara ketara sehingga Teheran mungkin memerlukan tempoh antara 15 hingga 20 tahun untuk membinanya semula.

Dalam kenyataan sama, Trump turut menyentuh isu laluan selat strategik di rantau tersebut, dengan mengatakan negara lain boleh menguruskan sendiri urusan minyak dan gas mereka.

“Kami akan berundur tidak lama lagi dan jika Perancis atau mana-mana negara lain mahu mendapatkan minyak atau gas, mereka boleh melalui selat itu.

“Mereka mampu menguruskan sendiri. Saya fikir ia akan sangat selamat sebenarnya, tetapi kami tidak ada kaitan dengan perkara itu,” katanya.

Menurut angka rasmi Amerika, sekurang-kurangnya 13 anggota perkhidmatan AS dilaporkan terbunuh sejak konflik itu bermula.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!