“3 hari Kat Kelantan Baru Tahu Waktu Solat Jumaat Mall Kena Tutup..”

Satu hantaran tular di aplikasi Threads mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna berkongsi pengalaman unik sepanjang berada di Kelantan selama tiga hari.

Menerusi akaun Threads iam_mhdfaizal, individu itu mendakwa baru mengetahui bahawa pusat beli-belah di Kelantan akan ditutup ketika waktu solat Jumaat bagi memberi ruang kepada pekerja menunaikan ibadah.

“3 hari kat Kelantan baru aku tahu waktu solat Jumaat mall kena tutup untuk bagi ruang pekerja solat Jumaat,” tulisnya.

3 hari di kelantan


Dalam hantaran sama, beliau turut menyatakan terdapat papan tanda di lampu isyarat yang mengajak orang ramai berzikir sementara menunggu lampu bertukar hijau.

“Dekat traffic light pun ajak kau berzikir dulu sementara kau bosan lama menunggu. Respek,” katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka ketika menetap atau berkunjung ke Kelantan.

Seorang pengguna, eizahlatif mendakwa juruwang di kaunter juga akan berhenti seketika ketika azan berkumandang sebelum menyambung semula urusan selepas azan selesai.

“Cashier dekat kaunter tengah scan barang pun stop ya bila dengar azan, lepas habis azan baru sambung scan balik,” tulisnya.

Sementara itu, gardenanne89 yang mendakwa sudah empat tahun berpindah ke Kelantan berkata, beliau mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan rutin kehidupan di negeri tersebut termasuk kedai yang ditutup pada hari Jumaat.

Menurutnya, walaupun pada awalnya sukar untuk membiasakan diri, lama-kelamaan ia menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian bersama anak-anak yang bersekolah di sana.

Perkongsian itu turut menerima komen positif daripada beberapa pengguna lain yang memuji suasana Kelantan yang dianggap aman dan berbeza berbanding negeri lain.

Komen pengguna-pengguna lain:

KELANTAN 3
KELANTAN 4


KELANTAN 1
KELANTAN 2


SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!