Salah Guna Subsidi: MOF Sekat MyKad Individu Isi RON95 Dalam Tong

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan menyekat kad pengenalan individu yang dikesan menyalahgunakan bantuan Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan mengisi petrol bersubsidi ke dalam tong atau bekas kosong seperti yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan, MOF memaklumkan perbuatan tersebut jelas melanggar peraturan kerana menyalahgunakan subsidi bahan api, sekali gus boleh menjejaskan usaha kerajaan memastikan pengurusan subsidi yang telus, bersasar dan berkesan.

“Siasatan mendapati individu terbabit merupakan warganegara Malaysia dan pemegang MyKad. Susulan itu, tindakan akan diambil dengan menyekat kad pengenalan yang digunakan dalam transaksi tersebut serta pemilik kenderaan daripada terus menikmati BUDI95,” menurut kenyataan itu.

Tegas MOF, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan dan salah guna subsidi, terutama dalam situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan serta harga bahan api.

Terdahulu, tular satu video memaparkan dua individu mengisi petrol RON95 ke dalam tong yang diletakkan di bahagian belakang sebuah kenderaan di sebuah stesen minyak.

MOF turut menghargai keprihatinan orang ramai yang menyalurkan maklumat berkaitan kes tersebut dan memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan boleh menghubungi Pusat Khidmat BUDI MADANI menerusi talian 1300-88-9595, WhatsApp +603-26314595 atau e-mel budimadani@treasury.gov.my.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
12 Pegawai Polis Ditahan Disyaki Peras Ugut Warga China RM2 Juta
|
Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan selepas dipercayai…
Mbarga, Musa Dijangka Turun Beraksi Dalam Pusingan 16 Piala FA Golok
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal meneruskan cabaran…
Wayang Kulit Kelantan Makin Sukar Bertahan, Permit Dan Kekurangan Pelapis Jadi Cabaran
|
Ramai menyangka Wayang Kulit Kelantan sudah tidak lagi diminati.Hakikatnya,…
Thailand Bina Pagar Kawat Berduri 99KM Di Sempadan Kelantan-Narathiwat
|
Wilayah Tentera Ke-4 Thailand bakal membina pagar kawat berduri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!