Kuota RON95 Bersubsidi Mungkin Dikurang Kepada 200 Liter Sebulan

Kerajaan dilaporkan merancang untuk mengurangkan kelayakan bulanan standard bagi petrol RON95 bersubsidi di bawah program Budi95, susulan lonjakan harga bahan api tanpa subsidi yang terus meningkat ekoran perang di Iran yang masih berterusan.

Menurut laporan The Edge yang memetik sumber tidak dinamakan, kuota 300 liter sebulan ketika ini dijangka dikurangkan kepada 200 liter sebulan, dengan pengumuman kemungkinan dibuat seawal minggu ini.

Kuota baharu petrol bersubsidi itu, yang berharga RM1.99 seliter, dijangka mula berkuat kuasa pada April.

Laporan itu turut menyebut bahawa selepas had 200 liter digunakan, pengguna akan tertakluk kepada harga apungan yang ditentukan pasaran.

RON95 Tanpa Subsidi Naik 60 Sen, Diesel Semenanjung Cecah RM5.52

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kewangan semalam mengumumkan harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi meningkat sebanyak 60 sen seliter bermula hari ini (26 Mac hingga 1 April).

Manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia pula melonjak 80 sen kepada RM5.52 seliter.

Ia merupakan minggu ketiga berturut-turut kenaikan harga mendadak bagi RON97 dan diesel di Semenanjung sejak 11 Mac, ketika kerajaan terus menyelaraskan harga bahan api domestik sebagai tindak balas kepada tekanan berterusan dalam pasaran minyak global.

Kawalan Pembelian Diesel Turut Dirancang

Kementerian Kewangan turut mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan kawalan ke atas pembelian diesel, khususnya di Sabah, Sarawak dan Labuan sebagai langkah mengekang ketirisan subsidi serta penyeludupan.

Dalam masa sama, kerajaan mengukuhkan bantuan bersasar bagi mengurangkan kesan kenaikan kos bahan api dengan menaikkan pembayaran Budi Individu dan Budi Agri-Komoditi kepada RM300 pada Mac 2026, berbanding RM200 sebelum ini.

Harga Minyak Brent Masih Tinggi Selepas Perang Meletus

Minyak mentah Brent yang melonjak hampir AS$120 setong pada 9 Mac lalu kini menyusut kepada AS$94.49 setong.

Namun kenaikan itu masih lebih 33 peratus berbanding harga AS$70.84 pada 26 Februari lalu, sebelum perang meletus.

TERKINI

‘Saya Sihat Hanya Perlukan Masa Untuk Bertenang’ – Nor Afiza
|
Seorang wanita yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk…
Anggap Jadi Penghalang, Ibu Bersubahat Dengan Kekasih Bunuh Anak Sendiri
|
Seorang wanita di Meerut, India ditahan polis selepas disyaki…
‘Tsunami Durian’: Harga Musang King Jatuh Sehingga 90 Peratus, Ini Puncanya
|
Musim durian tahun ini membawa khabar gembira kepada pencinta…
Lelaki Meninggal Dunia Ketika Mencandat Sotong Di Perairan Besut
|
Hasrat seorang lelaki untuk mencandat sotong bersama rakan-rakannya berakhir…
PPM Rampas Rokok Seludup, Arak Bernilai RM1.9 Juta Di Kelantan
|
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya…
PRN Johor: Khairuddin Ajak Ahli PAS Undi BN Di Kawasan Tidak Tanding
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Takiri…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!