Sindiket Pemerdagangan Manusia Tumpas, 27 PATI Ditahan Di Wakaf Che Yeh

Jabatan Imigresen Malaysia melumpuhkan sindiket pemerdagangan manusia di negeri ini apabila menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 31 tahun dipercayai dalang utama bersama 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi di sini, Jumaat lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, operasi dikenali sebagai Ops Serkap itu dijalankan kira-kira jam 7 pagi di belakang sebuah hotel berhampiran Pasar Borong Wakaf Che Yeh.

Menurutnya, operasi dilaksanakan hasil risikan berhubung kegiatan penyeludupan migran tanpa izin keluar dan masuk ke negeri ini.

“Seramai 11 pegawai penguat kuasa digerakkan ke lokasi sebelum serbuan dilakukan.

“Ketika pemantauan, anggota mengesan beberapa kenderaan mewah dipercayai digunakan untuk membawa migran keluar dari Kelantan sebelum bertindak selepas melihat mereka menaiki kenderaan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, beberapa migran dan pemandu cuba melarikan diri dalam keadaan gelap, malah ada pemandu bertindak agresif bagi mengelak ditahan.

Di kawasan parkir, seramai 20 warga Myanmar membabitkan 12 wanita dan lapan lelaki berusia antara 17 hingga 40 tahun ditahan.

Hasil pemeriksaan lanjut di premis hotel dengan bantuan pihak pengurusan, lima lagi lelaki warga Myanmar berusia 25 hingga 36 tahun ditahan dalam sebuah bilik hotel.

Dua lagi migran warga China berusia 32 tahun turut ditahan selepas ditemui bersembunyi di sebalik timbunan kotak di atas bumbung hotel.

“Siasatan awal mendapati semua migran dipercayai baru memasuki Malaysia melalui laluan laut secara tidak sah,” katanya.

Dalam operasi sama, pihak berkuasa menyita empat kenderaan dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan iaitu Proton X90, Honda HR-V, Nissan Serena dan Perodua Aruz.

Kesemua 27 migran ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk ke negara ini tanpa dokumen sah.

Suspek dalang utama pula ditahan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.


Semua tahanan dan kenderaan yang disita dibawa ke Jabatan Imigresen Kelantan untuk tindakan lanjut.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Seleweng Dana Zakat RM230 Juta, SPRM Tahan Tiga Individu
|
Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan…
Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan
|
Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah…
Remaja 18 Tahun Ditahan, Bawa PATI Guna Kenderaan Pikap Milik Abang
|
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup meredah risiko…
Suami Isteri Dera Anak Saudara Usia 10 Tahun Direman 7 Hari Di Machang
|
Suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan…
Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Jawatan Kosong Kelantan