PETRONAS Buka Lebih 60 Stesen Minyak Di Brazil

PETRONAS berjaya membuka lebih 60 stesen minyak berjenama PETRONAS di Brazil, sekali gus mengukuhkan lagi jenama Malaysia di persada antarabangsa.

Menurut Laporan Tinjauan Aktiviti PETRONAS 2026–2028, pencapaian itu direalisasikan melalui perkongsian strategik bersama rakan niaga tempatan, SIM Distribuidora.

Pembukaan stesen-stesen berkenaan membolehkan produk bahan api premium PETRONAS Primax dan rangkaian pelincir PETRONAS Syntium dipasarkan secara langsung kepada pengguna di negara Amerika Selatan tersebut.

Laporan itu memaklumkan, inisiatif pelesenan jenama runcit berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan jejak global PETRONAS.

Sementara itu di China, PETRONAS Lubricants International (PLI) turut melancarkan Pusat Perkhidmatan Teknikal Tenaga Baharu PETRONAS di Jiaxing, sebagai bukti komitmen jangka panjang syarikat terhadap pasaran China yang pesat berkembang.

Pusat teknikal itu menawarkan perkhidmatan teknikal yang disesuaikan khusus untuk pengeluar peralatan asli (OEM) dan pembekal alat ganti automotif, bagi memastikan penyampaian penyelesaian termaju yang menyokong pertumbuhan mampan serta inovasi.

Dalam sektor hiliran pula, PETRONAS Chemicals Group Bhd (PCG) memperkenalkan produk olefins and derivatif baharu, HL701, iaitu surfaktan dengan Indeks Karbon Boleh Diperbaharui yang tinggi, selari dengan peralihan industri ke arah penyelesaian lebih lestari.

Bagi segmen biobahan api, PETRONAS melalui kerjasama dengan Enilive dan Euglena merancang pembangunan loji penapisan bio di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), yang dijadualkan mula beroperasi pada separuh kedua 2028.

Kemudahan tersebut bakal menghasilkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) dan Diesel Boleh Diperbaharui (HVO).



Laporan itu menyimpulkan bahawa walaupun berdepan ketidaktentuan pasaran global, PETRONAS terus memperluaskan peluang pertumbuhan di luar negara serta mempelbagaikan portfolio produk bagi memastikan kekal kompetitif dan relevan dalam peralihan ke arah penyelesaian tenaga masa depan.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!