Hidap Kanser Tahap 4, Faris Zhafri Pergi Buat Selamanya Selepas Rebah Ketika Sujud

Setiap manusia melalui ujian hidup yang berbeza, namun tidak semua mampu memahami beban yang dipikul seseorang di sebalik senyuman yang ditunjukkan.

Bagi pejuang kanser, perjalanan hidup bukan sekadar tentang menahan sakit, tetapi juga tentang melawan rasa takut, menahan lelah, dan terus berharap walaupun tubuh semakin lemah.

Semalam, berita pemergian seorang pemuda penghidap kanser tahap 4, Faris Zhafri Mohd Zailan, 18, mengundang sebak dalam kalangan ramai.

Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh sahabat arwah yang turut melalui ujian kesihatan yang sama.

“Kami Janji Nak Berkumpul Setelah Semua Sihat…”

Salah seorang rakan arwah, Muhammad Syafiq Azman, berkongsi kenangan bersama Faris walaupun mereka hanya sempat berkenalan dalam tempoh yang singkat.

"Walaupun kami kenal cuma sekejap, kami aktif berwasap dan bertanya khabar. Kami janji nak berkumpul setelah semua sihat.

"Arwah sempat bantu saya cukur kepala bahagian belakang, waktu rambut saya mula gugur kesan kimoterapi pertama tahun lepas di Hospital Ampang.

5 cancer fighter


"Dari group 5 fighters, sekarang berbaki 2. Moga saya dan Zack diberikan kekuatan dan kesembuhan," katanya.

Rebah Ketika Bersujud

Apa yang lebih meruntun jiwa, Faris dikatakan menghembuskan nafas terakhir ketika sedang bersujud dalam solat.

"Arwah rebah ketika solat...ketika bersujud untuk bertemu Sang Pencipta.

"Arwah dikejarkan di zon merah...tapi rezekinya didunia sudah berakhir..betapa mulianya kamu di sisi ALLAH," tulis satu hantaran yang dikongsikan.

Difahamkan, tarikh 12 Mei menjadi hari terakhir arwah di dunia.

Pemergian Faris meninggalkan kesan mendalam, bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut berjuang melawan penyakit sama.


Sumber: Siakap Keli

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!