Kes Jenayah Indeks Di Kelantan Menurun – Polis

Kes jenayah indeks di Kelantan mencatatkan penurunan ketara daripada 2,296 kes pada 2024 kepada 1,848 kes pada 2025, iaitu pengurangan sebanyak 448 kes atau 19.5 peratus.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata perkembangan positif itu hasil usaha berterusan pasukan polis mengekang jenayah harta benda, yang merekodkan penurunan 24.3 peratus daripada 1,873 kes pada 2024 kepada 1,418 kes pada 2025.

Menurut beliau, kes curi turut menurun daripada 732 kes kepada 647 kes, manakala kes curi kenderaan mencatatkan penurunan paling ketara sebanyak 39.7 peratus, daripada 68 kes pada 2024 kepada 41 kes pada 2025.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, pada Ahad.

Bagaimanapun, Mohd Yusoff memaklumkan bahawa trend jenayah kekerasan memerlukan perhatian serius apabila mencatatkan peningkatan kecil tetapi signifikan, daripada 423 kes pada 2024 kepada 430 kes pada 2025, iaitu kenaikan 1.7 peratus.

“Kes bunuh meningkat daripada empat kes kepada tujuh kes, manakala kes samun tanpa senjata api meningkat sebanyak 25 peratus dengan 60 kes direkodkan pada tahun lepas,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Polis Diraja Malaysia di Kelantan merekodkan sebanyak 27,339 kes narkotik dengan 28,807 tangkapan sepanjang 2025.

Walaupun begitu, nilai rampasan dadah mencatatkan penurunan ketara sebanyak 60 peratus, daripada RM73.52 juta pada 2024 kepada RM29.56 juta pada 2025.

BERKAITAN: Kenali Dato' Mohd Yusoff Mamat, Ketua Polis Kelantan



Sementara itu, jenayah komersial menunjukkan trend membimbangkan apabila meningkat daripada 1,095 kes pada 2024 kepada 2,010 kes pada 2025.



Kes-kes berkenaan merangkumi penipuan telefon, e-dagang, pinjaman tidak wujud, pelaburan dalam talian serta tawaran kerja sambilan palsu. Namun begitu, jumlah kerugian kewangan berjaya dikurangkan kepada RM50.09 juta.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan