“Orang Kelantan Adalah Orang Paling Selfish” – Tindakan Perantau Tidak Tukar Alamat Jadi Perdebatan Di Media Sosial

Satu perkongsian di media sosial mencetuskan perdebatan hangat apabila seorang pengguna Threads mendakwa pendatang dari negeri lain ke Kuala Lumpur, Selangor dan Johor bersikap mementingkan diri, sekali gus dikaitkan dengan kepadatan sekolah dan kekangan pembangunan.

pendatang negeri lain ke KL Selangor dan Johor



Tangkap layar hantaran itu kemudiannya dikongsi semula oleh seorang pengguna Facebook, Asraff Jeffery, yang mengulas isu sama dengan menumpukan kepada situasi melibatkan rakyat Kelantan yang bekerja di luar negeri tetapi tidak menukar alamat mengundi.

Dalam tulisannya, Asraff menyatakan sokongan terhadap hujah tersebut dengan mendakwa kegagalan menukar alamat memberi kesan kepada ketepatan data kerajaan, sekali gus menjejaskan perancangan pembangunan termasuk pembinaan sekolah.

Menurut beliau, terdapat kawasan perumahan berkapasiti tinggi seperti pangsapuri berbilang blok, namun kemudahan sekolah tidak mencukupi kerana data rasmi menunjukkan kawasan itu seolah-olah tidak didiami.

Asraff turut mendakwa keadaan itu memberi kesan kepada penduduk yang menetap di Kelantan, apabila keputusan pilihan raya ditentukan oleh pengundi luar yang masih beralamat di negeri tersebut, walaupun menetap dan bekerja di negeri lain.

Asraff Jeffery



Beliau menyeru agar golongan terbabit meluangkan masa menukar alamat mengundi bagi memastikan keadilan dari segi perancangan pembangunan dan pentadbiran.

Bagaimanapun, pandangan itu mengundang reaksi bercampur dalam kalangan netizen.

Antara komen menyokong menyatakan prinsip keadilan perlu diamalkan, iaitu di mana seseorang bekerja, di situ mereka membayar zakat dan di mana mereka menetap, di situlah mereka mengundi.

komen 1



Namun, ada juga netizen yang mempersoalkan keperluan mengaitkan isu tersebut dengan kenegerian, menyifatkan ia tidak wajar dan berpotensi mencetuskan sentimen tidak sihat.

komen 2



Ada juga yang mempertikaikan hujah berkaitan data, dengan menyatakan bilangan pelajar yang mendaftar di sekolah sepatutnya sudah menjadi asas kepada perancangan pembinaan, sama seperti data yang digunakan untuk pembangunan lebuh raya dan infrastruktur lain.

komen3




Perdebatan ini sekali lagi memperlihatkan bagaimana isu pentadbiran, data dan hak mengundi sering bersilang dengan emosi serta identiti, terutama apabila dibincangkan di ruang media sosial.

Sumber: FB Asraff Jeffery, Threads Mira Idora

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!