Tapak Sampah Depan Rumah, Penduduk Batang Merbau, Tanah Merah Derita Bau Busuk

Seorang penduduk dipercayai dari Batu 8, Batang Merbau, Tanah Merah meluahkan rasa tidak puas hati apabila terpaksa berdepan dengan bau sampah yang didakwa berlaku hampir sepanjang masa.

tong sampah batu 8 batang merbau tanah merah kelantan


Perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Roselida Mohd Nawi, dalam sebuah kumpulan setempat menarik perhatian apabila mendedahkan keadaan tersebut yang menjejaskan kehidupan harian penduduk sekitar.

Menurut perkongsiannya itu, penduduk sebelum ini telah menandatangani satu surat bantahan bagi menghalang pembinaan tapak pembuangan sampah di kawasan berkenaan. Namun, dakwanya, bantahan tersebut tidak mendapat sebarang maklum balas.

roselida 1


Tapak Berhampiran Rumah, Pasar Dan Surau

Apa yang lebih membimbangkan, lokasi tapak tersebut didakwa Roselida terletak betul-betul di hadapan rumah penduduk serta berada di tengah kawasan pekan.

Kawasan sekeliling pula terdiri daripada kediaman penduduk, pasar besar, surau serta taman permainan kanak-kanak.

roselida 2


Bau Busuk Dan Lambakan Sampah

Tulisnya lagi, penduduk mendakwa terpaksa menghidu bau busuk sepanjang masa, lebih-lebih lagi apabila musim perayaan apabila jumlah sampah meningkat.

Malah, difahamkan bukan sahaja penduduk setempat membuang sampah di situ, tetapi turut digunakan oleh individu dari kawasan lain, terutama dari kawasan perumahan yang tidak mempunyai tong sampah mencukupi.

roselida 3



Keadaan itu menyebabkan lambakan sampah semakin tidak terkawal dan mengundang kehadiran lalat yang banyak, sehingga menjejaskan kebersihan kawasan termasuk di rumah penduduk.

Penduduk berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu tersebut demi kesejahteraan komuniti setempat.


Sumber: Roselida Mohd Nawi

SHARE:

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!