Kelantan Red Warrior FC Seru Penyokong Penuhi Stadium, Tawar Tiket Beli 1 Percuma 4

Kelantan Red Warrior FC (KRW) nampaknya benar-benar mahu melihat Stadium Sultan Muhammad IV kembali ‘merah’ apabila kelab itu mengumumkan promosi yang disifatkan paling murah dalam sejarah pasukan.

Menerusi hebahan rasmi, KRW menawarkan tawaran istimewa “Beli 1 Percuma 4”, khusus buat penyokong yang mahu hadir memeriahkan aksi penting hujung minggu ini.

Kelab itu menyifatkan ia sebagai kejutan khas demi memastikan penyokong kembali memenuhi stadium dan mencipta suasana perlawanan yang lebih meriah.

“Termurah dalam sejarah kelab demi melihat anda semua kembali memeriahkan arena,” menurut kenyataan itu.

5 Tiket Dalam Satu Transaksi

Menurut pengumuman tersebut, dalam satu transaksi pembelian atas talian, penyokong akan memperoleh lima tiket perlawanan secara terus.

Promosi itu dibuka kepada penyokong yang membeli tiket secara online melalui laman rasmi kelab.

Aksi Sabtu Ini Di Stadium Sultan Muhammad IV

Perlawanan Liga A1 Semi Pro itu bakal menemukan KRW menentang Armed Forces F.C di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu, 25 April 2026 jam 8:45 malam

Berbaki 5 perlawanan, KRW dilihat terus memburu kedudukan terbaik sebelum saingan Liga A1 Semipro 2025/2026 menuju penamat.

Jualan tiket kini sudah dibuka menerusi laman web rasmi kelab di www.kelantanredwarrior.com

TERKINI

KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!