Jual daging tempatan RM20 sekilo demi bantu mangsa banjir Kelantan

Penternak Dari Melor Jual Daging RM20 Sekilo, Ringankan Beban Mangsa Banjir

Musim tengkujuh selalunya datang dengan cabaran terutama buat keluarga yang terjejas banjir dan masih bergelut mendapatkan bekalan makanan pada harga mampu milik.

Tapi pagi semalam, suasana di Kampung Sireh jadi lain macam meriah apabila seorang penternak dari Melor tampil menjual daging tempatan pada harga hanya RM20 sekilogram.

Inisiatif itu dilakukan Wan Nashrudin Wan Noh, 56, yang sudah tiga tahun berturut-turut mengadakan program jualan murah setiap kali musim banjir.

Empat ekor lembu disembelih, menghasilkan kira-kira 600 kilogram daging (tidak termasuk tulang), cukup untuk memberi manfaat kepada lebih 500 penerima.

“Kali ini ialah tahun ketiga kami buat apabila musim banjir datang. Bekalan lembu dibawa dari Ketereh, walaupun tidak banyak untung, kami anggap langkah ini sebagai antara usaha membantu orang ramai.

Pagi ini (semalam) sahaja, daging habis kurang daripada satu jam,” katanya kepada Bernama.

Program dua hari itu dijalankan bersama Kalam Kafe, sebuah premis yang diuruskan sekumpulan bekas wartawan pencen.

Mereka menyediakan ruang, tenaga dan turut menambah nilai dengan memasak 10 kilogram daging untuk dihidangkan secara percuma dalam bentuk daging singgang dan daging goreng kepada pengunjung.

Kalam Kafe yang sudah setahun beroperasi bukan sekadar tempat lepak bekas pengamal media, tetapi juga pusat kecil aktiviti masyarakat di kawasan berkenaan.

Bagi penduduk, inisiatif ini datang pada waktu yang tepat. Tuan Nurul, dari Telipot, berkata ramai keluarga masih sibuk membersihkan rumah selepas banjir dan harga daging murah seperti itu sangat membantu.

“Daripada 10 kg daging yang saya beli, sebahagiannya saya guna untuk keluarga dan selebihnya saya agihkan kepada jiran yang turut terjejas.



Inisiatif seperti ini sangat membantu kerana ramai masih dalam proses memulihkan rumah selepas banjir,” katanya.

Sumber: Bernama

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan