13,000 Ketua Isi Rumah Belia Di Kelantan Tergolong Miskin, ICU JPM Sedia Bantuan

Seramai 13,000 ketua isi rumah (KIR) dalam kalangan belia di Kelantan dikenal pasti berada dalam kategori miskin setakat Disember tahun lalu.

Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Jasri Kasim berkata, golongan berkenaan terdiri daripada individu berusia 18 hingga 30 tahun yang berkahwin awal serta mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak.

Menurutnya, data tersebut direkodkan hasil pemantauan berterusan ICU JPM terhadap status sosioekonomi rakyat di negeri ini.

“Golongan ini memerlukan perhatian khusus kerana kebanyakannya memikul tanggungjawab keluarga pada usia muda dengan sumber pendapatan yang terhad,” katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.

Beliau sebelum itu hadir merasmikan Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI di Masjid Al-Husna, Kampung Baung Bayam, di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Jasri memaklumkan, ICU JPM akan membantu golongan belia berkenaan menerusi pelbagai program berfokuskan peningkatan pendapatan termasuk latihan kemahiran, penyediaan peralatan serta sokongan keperluan lain.

Langkah tersebut, katanya, adalah sebahagian usaha berterusan bagi membebaskan golongan berkenaan daripada kitaran kemiskinan.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan ICU JPM kekal komited menyokong agenda kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan di Kelantan.



“Kita masih dalam proses mencapai sasaran pembasmian kemiskinan dan usaha ini memerlukan pendekatan berterusan serta kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!