Pemuda Dari Bachok Maut Motosikal Jatuh Gaung Di Puncak Gerik

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter dalam kejadian di Puncak Gerik, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), pagi tadi.

Mangsa, Amir Afiq Adnan, 26, yang beralamat di Bachok, Kelantan, menunggang motosikal jenis Kawasaki Z250 sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.09 pagi.

Menurut beliau, mangsa dipercayai terbabas sendiri sebelum jatuh ke dalam gaung berkenaan.

Ketua operasi kemudian melakukan penilaian awal di lokasi sebelum mengaplikasikan konsep SAVER bagi kerja-kerja menyelamat.

Mangsa berjaya dibawa naik ke atas jalan menggunakan pengusung melalui laluan longkang bertingkat di lebuh raya tersebut.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi melibatkan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik itu tamat sepenuhnya pada jam 11.58 pagi.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Sektor Pertanian Sumbang RM6.1 Bilion kepada KDNK Kelantan
|
Sektor pertanian masih menjadi antara tulang belakang ekonomi negeri…
Lamine Yamal ‘Cawangan Bachok’ Kongsi Pengalaman Jadi Tumpuan Ketika Piala Dunia
|
Pemuda dari Kelantan yang menjadi tular kerana wajahnya dikatakan…
Lari Dari Sekatan Polis, Dua Rohingya Ditahan Bersama 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang
|
Cubaan dua lelaki etnik Rohingya melarikan diri daripada pemeriksaan…
RMMK Badang Siap Sepenuhnya, Tawar 344 Unit Rumah Serendah RM45,000
|
Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Badang di Jalan…
JKDM Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM500,000 di Bachok
|
Sebuah bangsal kayu di Kampung Kubang Bulat, Gunong, Bachok…
Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!