SPRM Kelantan Tahan Empat Anggota Polis, Disyaki Terima Rasuah RM12,000 Kes Ketum

Empat anggota polis yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kelantan direman selama lima hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan memaklumkan, wang berkenaan dipercayai sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didapati membawa daun ketum di dalam keretanya.

Perintah reman sehingga 11 April itu dikeluarkan oleh Hakim Rais Imran Hamid selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada pagi Selasa.

Ditahan Di Pejabat Masing-Masing

Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu terdiri daripada seorang sarjan, seorang koperal dan dua konstabel.

Mereka ditahan antara jam 9 pagi hingga 1 petang pada Isnin di pejabat masing-masing.

Sumber turut memaklumkan siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada Disember 2025.

Lebih mengejutkan, wang rasuah itu dipercayai diterima melalui transaksi pemindahan ke akaun bank peribadi milik pihak ketiga.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff mengesahkan penahanan tersebut ketika dihubungi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!