Ketua Polis Kelantan Dedah Masih Ada Anggota Disyaki Terlibat Rasuah

Beberapa anggota polis di Kelantan kini berada dalam radar pihak polis negeri selepas disyaki terbabit dalam rasuah dan kesalahan jenayah lain.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, beliau percaya masih wujud segelintir anggota yang terlibat dalam gejala tidak sihat itu walaupun peringatan dan nasihat sudah berulang kali diberikan agar tidak terjerumus dalam salah laku.

“Saya sentiasa menasihati dan mengingatkan mereka supaya tidak sekali-kali terbabit rasuah, jenayah atau apa-apa kesalahan lain. Namun, masih ada yang berdegil,” katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Kes Empat Anggota Direman SPRM Pertama Tahun Ini

Mengulas penahanan empat anggota polis Kelantan yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, Mohd Yusoff berkata kes itu merupakan kes pertama membabitkan anggota polis kontinjen Kelantan bagi tahun ini.

Beliau turut memaklumkan pihak polis telah membuka siasatan dalaman berkaitan kes tersebut dan ia berjalan seiring dengan siasatan SPRM.

“Di pihak kami, siasatan dalaman dimulakan sejurus mereka ditahan,” katanya.

Namun setakat ini, katanya, tiada tindakan lain dikenakan terhadap keempat-empat anggota berkenaan termasuk menggantung tugas.

Beberapa Lagi Anggota Dalam Radar Polis

Dalam masa sama, Mohd Yusoff menegaskan masih terdapat beberapa anggota lain yang dipercayai terbabit dalam gejala tidak sihat tersebut dan kini berada dalam pemantauan beliau.

“Saya ingin tegaskan bahawa masih terdapat beberapa lagi anggota yang kami percaya terbabit dalam gejala tidak sihat ini dan mereka kini berada dalam pemantauan saya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan empat anggota polis Kelantan direman selama lima hari sehingga 11 April oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan wang kira-kira RM12,000 tahun lalu.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!