Abe Din Turun Padang Hingga 2 Pagi Pastikan Kerja Turap Jalan Di Gua Musang Lancar

Ketika kebanyakan orang sedang lena dibuai mimpi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, memilih untuk turun padang meninjau sendiri kerja-kerja penurapan Jalan Gua Musang–Kuala Lipis di Kampung Lepan Jaya, sekitar jam 2 pagi, pada Jumaat.

Tindakan luar kebiasaan itu dibuat susulan keadaan jalan rosak berhampiran Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3D yang sebelum ini tular di media sosial dan mencetuskan keresahan pengguna jalan raya.

Perkongsian Mohd Syahbuddin di Facebook yang dimuat naik sekitar jam 2.30 pagi menarik perhatian ramai apabila menerima lebih 2,500 tanda suka, dikongsi lebih 126 kali serta dihujani kira-kira 500 komen yang rata-rata memuji tindakan wakil rakyat daripada Barisan Nasional itu.

Menurut beliau, laungan kecil daripada penduduk setempat yang berbunyi “Terima kasih YB, bekki jalan” menjadi pembakar semangat untuk terus memastikan kerja-kerja penurapan berjalan lancar.

“Katalah apa pun, biarlah. Waktu orang lain lena, amanah masih berjalan,” tulisnya ringkas.

Mohd Syahbuddin memaklumkan kerja-kerja penurapan jalan rosak itu siap sepenuhnya sekitar jam 6 pagi.

“Next, jalan depan Taman Wangi pula… ‘lubang congkok puaka’,” ujarnya.

BERKAITAN: Lebih 40 Lubang Ditampal Di Laluan Sementara LTU Gua Musang



Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, serta Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya dan kontraktor LTU Pakej 3D atas komitmen melaksanakan kerja pembaikan walaupun di luar waktu biasa.

Sebelum ini, laluan berkenaan menjadi tular apabila pengguna jalan raya yang dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur terkandas lebih empat jam pada cuti hujung minggu lalu akibat keadaan jalan yang teruk.



Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!