Dulu Bangsatkan PTPTN, Adam Adli Kini Pertahan Sekatan Ke Atas Peminjam Culas

Jika sebelum ini Adam Adli Abd Halim menyifatkan cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengenakan sekatan ke luar negara terhadap peminjam culas sebagai satu tindakan “bangsat”, namun kini beliau mempertahankan keputusan yang sebelum ini ditentangnya.

Kini selaku Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam berkata langkah yang diambil kerajaan Madani menyekat peminjam culas ke luar negara tidak sama seperti yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurut beliau, pendekatan kerajaan sekarang tidak melibatkan penyenaraian hitam secara menyeluruh.

“Seperti mana kita jelaskan tadi, penyenaraian hitam (terhadap peminjam PTPTN) bukan menyeluruh polisi seperti mana kita (kerajaan) lakukan suatu masa dahulu.

“Sebaliknya hanya dalam kes tertentu yang melibatkan perlu tindakan tegas terhadap mereka yang memiliki keupayaan (membayar balik pinjaman) berbanding mereka yang lain.

“Hanya 0.7 peratus daripada keseluruhan peminjam yang culas, itu meliputi kurang 3,000 berbanding 417,000 (secara keseluruhan) peminjam yang disenaraikan culas (oleh PTPTN),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, ketika menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan Richard Rapu (GPS–Betong).

Richard membangkitkan isu mengenai garis masa untuk menilai semula penyenaraian hitam, khususnya melibatkan peminjam dalam kelompok B40, supaya selari dengan realiti pasaran kerja dan kos sara hidup semasa.

Sebelum ini, Adam ketika bergelar aktivis pelajar mengecam Pengerusi PTPTN ketika itu, Wan Saiful Wan Jan, susulan cadangan memperkenalkan semula sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman.

Adam mendakwa cadangan tersebut bercanggah dengan aspirasi Pakatan Harapan (PH).

“Wan Saiful tidak membuat kerja ikut aspirasi PH.

“Dia ingat diri dia lagi besar daripada kerajaan sebab buat keputusan bercanggah dengan kerajaan. Asyik bagi alasan menjengkelkan dengan kata nak bincang.


“Dia menjadikan PTPTN badan paling bangsat dalam negara,” katanya kepada Malaysiakini.

Sumber: Malaysiakini

SHARE

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan