RXZ Forever Legend: Wanita Tak Tutup Aurat Diberi Tudung Di RTC Tunjung

Pihak penganjur himpunan permotoran RXZ Forever Legend yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, Kota Bharu, akan menyediakan kain tudung kepada peserta wanita yang tidak menutup aurat.

Program yang julung kali diadakan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu dijangka bakal dibanjiri lebih 20,000 peminat sukan bermotor dari seluruh negara.

Pengarah program, Muhamad Huzaifah Abdul Halim berkata, seluruh kawasan tapak program diisytiharkan sebagai kawasan zon menutup aurat.

“Masuk sahaja ke tapak program di RTC Tunjung, secara automatik pengunjung memasuki zon menutup aurat.

“Pihak kami telah menyusun atur petugas bagi memantau sekiranya ada dalam kalangan wanita yang hadir tidak menutup aurat, urusetia akan memberikan kain tudung. Kami sediakan kain tudung untuk mereka nanti,” katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, selain itu pihak penganjur turut mengisytiharkan kawasan terbabit sebagai zon menjaga kebersihan.

Katanya, bagi memastikan program berjalan lancar dan mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri, pihak urusetia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Unit Amal dan RELA akan memantau keseluruhan acara.

Muhamad Huzaifah berkata, pihaknya turut menguatkuasakan pengasingan tempat duduk antara lelaki, wanita dan berkeluarga.

“Semua peserta terutama pemilik motosikal dinasihatkan agar tidak mewujudkan amalan ‘rem motosikal’ yang akan mendatangkan bunyi bising di mana sahaja mereka berada sama ada di luar ataupun di dalam tapak program,” katanya.



Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan semua pemilik motosikal turut diingatkan supaya mematuhi setiap peraturan jalan raya yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tambahnya, semua peserta diharap memandu dengan berhemah dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!