Lebih 40 Lubang Ditampal Di Laluan Sementara LTU Gua Musang

Aduan demi aduan akhirnya dijawab apabila lebih 40 lubang di laluan sementara Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3BC berhampiran Taman Wangi ditampal dalam satu operasi pembaikan segera, malam tadi.

Kerja-kerja menampal lubang yang dipercayai menjadi punca kesesakan teruk itu turut dipantau sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, sekitar jam 10 malam.

Menurut Mohd Syahbuddin, tindakan pantas perlu dilakukan bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya, khususnya penduduk tempatan yang menggunakan laluan tersebut setiap hari.

Beliau berkata, laluan berkenaan dijangka mengalami pertambahan trafik bermula hari ini susulan pergerakan perantau pulang ke Lembah Klang selepas tamat cuti persekolahan.

“Esok hari terakhir cuti bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang dan saya jangka berlaku peningkatan jumlah kenderaan bermula hari ini dan esok.

“Jadi pembaikan dan penampalan jalan ini perlu dibuat segera bagi mengurangkan kesesakan di laluan Gua Musang–Kuala Lipis,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak konsesi Roadcare (M) Sdn Bhd serta Jabatan Kerja Raya LTU atas tindakan pantas menutup lebih 40 lubang dalam tempoh singkat.

Dalam pada itu, Mohd Syahbuddin mengakui menerima pelbagai aduan dan kecaman daripada pengguna jalan yang terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan kenderaan, termasuk tayar pecah selepas terlanggar lubang.

Katanya, isu kerosakan jalan di kawasan Taman Wangi bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berlarutan sejak bertahun-tahun tanpa penyelesaian muktamad.

“Saya faham perasaan pengguna jalan apabila kenderaan rosak akibat jalan berlubang. Sampai bila mereka perlu berdepan keadaan yang boleh membahayakan keselamatan ini?



“Sebab itu tindakan segera perlu diambil demi keselamatan dan keselesaan semua,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Seleweng Dana Zakat RM230 Juta, SPRM Tahan Tiga Individu
|
Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan…
Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan
|
Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah…
Remaja 18 Tahun Ditahan, Bawa PATI Guna Kenderaan Pikap Milik Abang
|
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup meredah risiko…
Suami Isteri Dera Anak Saudara Usia 10 Tahun Direman 7 Hari Di Machang
|
Suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan…
Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Jawatan Kosong Kelantan