Punca suami tikam isteri di Gual Ipoh mungkin sebab cemburu buta

Rasa cemburu dipercayai menjadi punca seorang lelaki menikam isterinya hingga maut dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh pada Isnin.

Menurut laporan Sinar Harian, sepupu mangsa, Razwan Mat Yazid, yang menumpangkan Mastura Abdullah, 40, pulang ke kampung dari Selayang dengan menaiki lori, berkata suspek kerap menghubunginya sebelum ini untuk meluahkan masalah rumah tangga.

Menurut Razwan, suspek berusia 63 tahun itu sering menuduh isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain, walaupun mangsa bekerja sebagai tukang masak dan jarang berpeluang menjawab panggilan ketika sibuk di dapur.

Razwan turut mendakwa suspek pernah mendapatkan khidmat bomoh untuk “menilik” isterinya, namun tuduhan tersebut tidak berasas.

Pada hari kejadian kira-kira jam 10 pagi, Mastura ditemukan meninggal dunia di rumah mereka dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan.

Selepas kejadian, suspek dilaporkan sempat mengambil anak mereka di sekolah sebelum menyerahkan diri di Balai Polis Gual Ipoh sekitar jam 1 petang.

Pasangan itu sudah 14 tahun berkahwin dan mempunyai dua anak berusia 10 serta 12 tahun.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah (HTM) untuk proses bedah siasat.



Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah, mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut masih dijalankan.

BACA: Suami tikam isteri, sempat ambil anak sekolah sebelum serah diri
BACA: Wanita maut dipercayai ditikam suami sendiri di Tanah Merah


Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!