Suami tikam isteri, sempat ambil anak sekolah sebelum serah diri

Seorang lelaki berusia 63 tahun yang dipercayai menikam isterinya hingga maut bertindak menyerahkan diri di Balai Polis Gual Ipoh selepas sempat mengambil anak mereka dari sekolah, menurut laporan Sinar Harian.

Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 10 pagi di bahagian dapur rumah mereka di Kampung Paku, Gual Periok.

Mangsa, Mastura Abdullah, 40, merupakan isteri ketiga suspek dan mempunyai dua anak berusia 10 dan 12 tahun.

Adik mangsa, Mohd Jony, 30, memaklumkan kakaknya yang bekerja sebagai tukang masak baru tiba di kampung kira-kira jam 8 pagi selepas menaiki lori sepupu dari Selayang, Selangor.

Mangsa kemudian dihantar pulang oleh adik bongsu mereka selepas diambil di sebuah stesen minyak di Machang.

Dalam kejadian tragis itu, suspek dikatakan mengambil anak lelakinya dari sekolah sekitar jam 12 tengah hari, kira-kira tiga kilometer dari rumah, sebelum hadir menyerahkan diri kepada pihak polis.

Keluarga yang bergegas ke lokasi dimaklumkan tidak dapat mendekati jenazah kerana siasatan sedang dijalankan.

Anak lelaki mangsa yang merupakan OKU difahamkan individu pertama menemui arwah, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana keadaannya.

Menurut keluarga, mangsa sudah setahun bekerja di Selayang dan pulang bercuti setiap bulan, manakala suspek pula tidak bekerja.

Mereka juga dimaklumkan bahawa mangsa ditikam di bahagian hadapan dan belakang badan berkali-kali.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paku selepas bedah siasat selesai.



Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah turut mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!