Penduduk panik langit tiba-tiba bertukar warna merah seperti darah

Penduduk di Pandeglang, Banten, Indonesia gempar apabila langit di kawasan itu tiba-tiba bertukar warna merah pekat seakan darah, satu pemandangan luar biasa yang jarang disaksikan penduduk setempat.

Menurut laporan portal berita Lambe Turah, kejadian itu berlaku sekitar jam 6 petang waktu tempatan di daerah Panimbang, sehari sebelum laporan dikeluarkan.

Rakaman video yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @kumparan menunjukkan penunggang motosikal melalui jalan raya dengan latar belakang langit merah menyala, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial.

Seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Doni berkata, fenomena tersebut berlaku sejurus selepas hujan dan disifatkan sebagai sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sepanjang menetap di kawasan itu.

“Sepanjang 10 tahun saya tinggal di sini, ini kali pertama saya melihat langit berwarna merah seperti darah. Biasanya waktu matahari terbenam, langit hanya kekuningan,” katanya.

Menurut Doni, perubahan warna langit itu turut menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penduduk kerana ada yang menganggapnya sebagai petanda buruk.

Bagaimanapun, Ketua Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Wilayah II, Hartanto menjelaskan fenomena berkenaan mempunyai penjelasan saintifik.



Menurut beliau, langit berwarna merah boleh berlaku apabila habuk serta zarah kecil terperangkap di atmosfera akibat tekanan udara tinggi, sekali gus mempengaruhi pantulan cahaya matahari.

KD: Kadang-kadang alam cuma ‘bercakap’ dengan caranya sendiri.

Sumber: Kosmo, Lambe Turah

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!