Penduduk kurang senang berduyun orang luar datang mendulang emas

Fenomena mendulang emas kembali menggegarkan hulu Kelantan apabila jumlah pendulang meningkat mendadak sejak seminggu lalu.

Ramai penduduk, malah orang luar negeri sanggup datang jauh semata-mata mahu mencuba nasib selepas mendengar cerita tentang hasil lumayan yang boleh dibawa pulang.

Aktiviti mendulang ini sebenarnya bukan benda baharu. Di kawasan hulu, ia sudah menjadi tradisi ratusan tahun, cuma tak ramai yang ambil peduli.

Sehinggalah kerajaan negeri mengumumkan kebenaran mendulang emas di tanah kerajaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 10 November lalu.

Sejak itu, kawasan seperti Jeli dan sekitarnya mula meriah dengan pendulang dari Terengganu, Pahang dan daerah lain di Kelantan sendiri.

Menurut laporan Berita Harian, seawal jam 10 pagi sudah ada orang turun ke sungai dengan dulang dan cangkul di tangan di Kampung Kalai, antara lokasi tumpuan pendulang.

Kampung yang terletak kira-kira dua jam setengah dari bandar ini menjadi lokasi ‘panas’, terutama di sepanjang Sungai Tadoh.

Penduduk kampung mendakwa, biasanya hanya kira-kira 30 orang mendulang di kawasan itu. Namun, sejak minggu lalu angka itu meningkat lebih 60 orang.

Ramai pula datang dari luar daerah, menyebabkan ada rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat.

Ppenduduk setempat dilihat masih menggunakan cara lama dengan mengayak pasir sungai menggunakan dulang selepas mencangkul dasar sungai.

Serbuk emas yang diperoleh kemudiannya direndam dalam merkuri untuk memisahkan bijih sebelum dipanaskan dan dijual kepada orang tengah mengikut harga semasa.

“Sebelum ini kawasan kami tidak diganggu orang luar…”

Pendulang berpengalaman, Kamil Abdullah, 35, berkata beliau sudah mendulang sejak awal usia 20-an dan sepanjang tempoh itu, lebih 50 gram emas 999 berjaya dikumpul, sebahagiannya dijual dan selebihnya disimpan.

"Sebelum ini, kawasan kami tidak diganggu orang luar sehinggalah minggu lalu menjadi tumpuan bukan hanya penduduk Kelantan, sebaliknya luar Kelantan.

"Ada yang menyewa di rumah inap desa sema-mata mahu mendulang dan lebih mengecewakan apabila mereka tidak meminta izin daripada penghulu kampung, sebelum melakukan aktiviti berkenaan.

"Penduduk kini rasa tidak berpuas hati apabila orang luar sudah mula masuk ke kawasan kami. Sudah tentu hasil kami juga berkurangan.

Pada masa sama, kawasan mendulang terbuka kepada pihak luar, sedangkan aktiviti ini masih dianggap menyalahi undang-undang kerana tidak berlesen.

"Kita berharap kerajaan negeri menetapkan syarat tertentu seperti bagi daerah Jeli hanya untuk penduduk Jeli dibenarkan mendulang, bukannya kepada semua," katanya.

Seorang lagi pendulang, Zulkifli Che Wok, 60, turut meluahkan perkara sama.

"Kita berharap kerajaan negeri menetapkan syarat yang jelas supaya tidak berlaku pertikaian dalam kalangan pendulang," katanya.



KD: Nampak macam seronok dapat emas, tapi jangan lupa… kawasan orang, adat orang. Elok minta izin dulu sebelum turun mendulang.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Dua Beradik Ditahan Simpan Dadah Bernilai RM1.76 Juta Dalam Rumah Di Kuala Terengganu
|
Polis menahan dua beradik selepas disyaki menjadikan rumah mereka…
Rempuh Kenderaan PGA, Lelaki Ditahan Bersama Dadah Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan selepas merempuh kenderaan…
UAI Tegur Suami Nikah Senyap-Senyap, Sah Di Sisi Syarak Tapi Tanggung Dosa Berpanjangan
|
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan bahawa perkahwinan…
Untung Bukan Keutamaan, Peniaga Di Kota Bharu Kekal Jual Nasi Lemak RM1
|
Tragedi kebakaran yang memusnahkan rumahnya pada 2021 tidak mematahkan…
Suspek Kes Culik Dua Lelaki Di Kelantan Ditahan Di Terengganu
|
Seorang daripada dua suspek yang dipercayai mendalangi kes penculikan…
BERSAMA Umum Bertanding Dalam Pilihan Raya Di Kelantan
|
Parti BERSAMA mengumumkan langkah memasuki arena politik Kelantan menerusi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!