Dua Beradik Ditahan Simpan Dadah Bernilai RM1.76 Juta Dalam Rumah Di Kuala Terengganu

Polis menahan dua beradik selepas disyaki menjadikan rumah mereka di Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu sebagai tempat penyimpanan dadah bernilai RM1.76 juta dalam satu serbuan, Ahad lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 39 dan 50 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis Khas pada jam 3.30 petang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, turut dirampas dalam serbuan itu ialah bunga ganja seberat kira-kira 22 kilogram.

Disyaki Penjaga Stor Sindiket

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berperanan sebagai penjaga stor kepada sindiket dadah yang dipercayai aktif sejak Mac lalu.

Bekalan dadah itu dipercayai diperoleh daripada rangkaian sindiket antarabangsa yang menyeludup masuk melalui jalan laut.

Boleh Digunakan 44,000 Penagih

Mohd Khairi berkata, jumlah dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh kira-kira 44,000 penagih dan dipercayai untuk pasaran antarabangsa.

“Bunga ganja itu perlu diproses untuk mendapatkan cecair yang dipercayai digunakan sebagai perasa rokok elektronik yang boleh mengkhayalkan,” katanya.

Rekod Jenayah & Siasatan Lanjut

Beliau berkata kedua-dua suspek didapati negatif bahan terlarang, namun suspek berusia 50 tahun mempunyai 13 rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Rampasan Harta Bernilai Ribuan Ringgit

Dalam operasi sama, polis turut menyita pelbagai harta bernilai kira-kira RM149,000 termasuk sebuah kereta Hyundai Tucson, motosikal BMW, Yamaha NVX, Yamaha 135LC serta wang tunai RM6,000.

Sementara itu, Ops Tapis Khas di seluruh Terengganu antara 12 hingga 14 Jun turut menahan 243 individu serta merampas dadah seberat 22.35 kilogram bernilai RM1.79 juta.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!