Tiga warga asing ditahan lombong emas haram di Gua Musang

GUA MUSANG – Polis menahan tiga warga asing yang terbabit dalam kegiatan perlombongan emas secara haram hasil serbuan di kawasan ladang sawit di Sungai Seting, Gua Musang, awal pagi semalam.

Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof, berkata operasi bersepadu itu dilaksanakan bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kota Bharu hasil risikan pihaknya sejak beberapa minggu lalu.

“Serbuan pada jam 5.30 pagi itu membawa kepada penahanan dua lelaki warga Myanmar dan seorang lelaki warga Indonesia. Mereka disyaki menjalankan aktiviti melombong emas tanpa permit selain gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.

“Turut dirampas ialah sebuah jentera jengkaut hidraulik bernilai hampir RM450,000 serta beberapa mesin dan peralatan perlombongan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM510,021,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965.

Semua suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala barang rampasan disita oleh PTG Kelantan.

Rosli berkata, operasi itu dijalankan di bawah inisiatif Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) yang menekankan pendekatan bersepadu melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan.

“Operasi sebegini membuktikan komitmen PDRM bersama agensi lain dalam membanteras kegiatan perlombongan haram yang merugikan negara. Usaha akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi memastikan sumber khazanah negara sentiasa terpelihara,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!