BERSAMA Umum Bertanding Dalam Pilihan Raya Di Kelantan

Parti BERSAMA mengumumkan langkah memasuki arena politik Kelantan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun rasmi Facebook parti itu.

Menurut kenyataan tersebut, Kelantan disifatkan sebagai negeri yang mempunyai sejarah panjang dalam perjuangan rakyat serta melahirkan masyarakat yang bersemangat, berani bersuara dan tidak mudah tunduk kepada tekanan.

BERSAMA berkata kehadiran parti itu bukan untuk memecah-belahkan rakyat, sebaliknya membawa pendekatan politik yang lebih bersih, berintegriti dan berasaskan penyelesaian kepada masalah rakyat.

Fokus Isu Rakyat

Menurut parti berkenaan, beberapa isu utama yang perlu diberikan perhatian lebih serius termasuk peluang pekerjaan, kos sara hidup, kemudahan asas, pendidikan dan masa depan golongan muda.

“Kami percaya rakyat Kelantan berhak mendapat pilihan yang terbaik. Bukan sekadar memilih antara yang lama dan yang biasa, tetapi memilih masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang,” menurut kenyataan itu.

BERSAMA turut menyatakan simbol Sang Kancil kini melangkah ke bumi Kelantan dengan membawa semangat perubahan dan harapan baharu.

Seru Rakyat Sertai Perubahan

Dalam kenyataan sama, parti itu menegaskan perjalanan tersebut bukan milik mana-mana pemimpin semata-mata, sebaliknya milik rakyat yang mahu melihat Malaysia bergerak ke hadapan.

BERSAMA turut mengajukan persoalan kepada rakyat Kelantan sama ada mereka bersedia untuk menjadi sebahagian daripada gelombang perubahan yang dibawa parti berkenaan.

BERSAMA pada Ahad hadir dalam siri Jelajah Kancil Kelantan diketuai Rafizi Ramli dan Nik Nazmi yang berlangsung di Dewan PCB Resort, Kota Bharu.

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!