PTB ikat ‘tali kuning’ hadkan kawasan peniaga dihadapan Lotus Lembah Sireh

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengambil tindakan tegas dengan memasang tali kuning sebagai tanda larangan aktiviti jualan di hadapan pasar raya Lotus Lembah Sireh selepas isu tular berhubung seorang peniaga di kawasan tersebut baru-baru ini.

Tinjauan di lokasi mendapati sebahagian kawasan telah ditutup bagi mengelakkan peniaga beroperasi di bahagian yang menghadap pasar raya berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan terdapat kawasan lain berhampiran iaitu di bahagian hujung menghala ke Sungai Kelantan yang masih dibenarkan untuk aktiviti jualan kecil-kecilan.

Menurut maklumat orang awam, tapak yang dilarang berniaga itu pada asalnya merupakan kawasan riadah yang sering digunakan untuk aktiviti berjalan kaki dan berjoging, sebelum ia mula dipenuhi peniaga sedikit demi sedikit.

Tindakan MPKB itu mengundang pelbagai reaksi di media sosial. Ada netizen yang menyokong langkah melarang semua daripada berniaga dikawasan berkenaan supaya tiada isu berebut tapak lagi.

Namun tidak kurang juga yang mempersoalkan mengapa hanya sebahagian kawasan disekat, sedangkan ada peniaga lain masih dibenarkan berniaga di lokasi berhampiran.

Netizen juga simpati terhadap nasib peniaga yang dikatakan sudah menyiapkan makanan untuk dijual dikawasan berkenaan, namun terpaksa pulang hampa melihat kawasan yang telah dipasang tali kuning.

Sehingga kini, MPKB belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan.

#KelantanDaily

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan