Tujuh Lelaki Didakwa Pakai Pakaian Wanita Di Apartment Jalan Mahmood

Tujuh lelaki didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas pertuduhan memakai pakaian wanita di sebuah apartment di Jalan Mahmood, tahun lalu.

Bagaimanapun, semua tertuduh berusia antara 25 hingga 30 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Zahari Mohd Yusoff.

Mereka didakwa memakai pakaian seperti wanita termasuk pakaian lengan panjang ketat, seluar ketat, kasut tumit tinggi serta skirt pendek paras atas paha.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah dewan serba guna di apartment berkenaan sekitar jam 11 malam pada 30 Mei tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.

Mahkamah membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM1,000 setiap seorang dengan seorang penjamin, dan menetapkan 5 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Difahamkan, tujuh lelaki itu adalah antara 13 individu yang ditahan dalam serbuan oleh pihak berkuasa agama negeri bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dengan kerjasama polis susulan maklumat orang awam.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!