Israel layan aktivis GSF secara ‘kejam’, kata wartawan Itali yang ditahan

ISTANBUL – Wartawan Itali, Lorenzo Agostino mendedahkan layanan kejam yang dialaminya ketika ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel selepas serangan ke atas kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Gaza pada 1 Oktober lalu.

Agostino, yang tiba di Istanbul dengan penerbangan khas, menyifatkan penahanan itu sebagai pengalaman “benar-benar kejam” kerana beliau dan aktivis lain bukan sahaja ‘diculik’, malah diperlakukan secara menghina sepanjang dalam tahanan.

“Ada antara kami yang ditendang. Kami dibiarkan tanpa air bersih selama lebih dua hari. Mereka menggunakan setiap kesempatan untuk menghina kami,” katanya kepada Anadolu Ajansi.

Beliau turut menekankan layanan terhadap aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg, 22, yang didakwa dihina dengan dibalut bendera Israel dan dipamerkan “seperti trofi”.

Menurut Agostino, ketibaan mereka di Pelabuhan Ashdod juga penuh permusuhan apabila Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, hadir dan menganggap para aktivis sebagai pengganas.

“Nasib saya baik kerana dapat keluar sejurus sebelum Ben-Gvir tiba,” katanya.

Agostino turut mendedahkan mereka dilayan dengan mata ditutup, digari ketat, pakaian tidak mencukupi dan dibiarkan dalam suhu sejuk beku dalam van berhawa dingin selama berjam-jam.

Misi GSF membawa ratusan aktivis antarabangsa dari lebih 40 negara untuk memecahkan sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Namun, flotilla itu diserang dan dirampas secara tidak sah oleh tentera Israel di perairan antarabangsa, sebelum semua kapal dan bot ditunda ke Israel serta penumpangnya ditahan.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Lima Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Dua Sepupu Hilang Di Kota Bharu
|
Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan…
Wanita Ditahan Jual Beras Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penjualan beras…
Dua Beradik Ditahan Simpan Dadah Bernilai RM1.76 Juta Dalam Rumah Di Kuala Terengganu
|
Polis menahan dua beradik selepas disyaki menjadikan rumah mereka…
Rempuh Kenderaan PGA, Lelaki Ditahan Bersama Dadah Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan selepas merempuh kenderaan…
UAI Tegur Suami Nikah Senyap-Senyap, Sah Di Sisi Syarak Tapi Tanggung Dosa Berpanjangan
|
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan bahawa perkahwinan…
Untung Bukan Keutamaan, Peniaga Di Kota Bharu Kekal Jual Nasi Lemak RM1
|
Tragedi kebakaran yang memusnahkan rumahnya pada 2021 tidak mematahkan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!