Malaysia Salur 374 Tan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Melalui Rafah

Malaysia akan menyalurkan sebanyak 374 tan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza melalui pintu sempadan Rafah bermula April ini, dengan kerjasama pihak Mesir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu selepas mengadakan interaksi bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, yang memberi jaminan serta komitmen untuk memudahkan akses penyaluran bantuan berkenaan.

Menurut beliau, langkah tersebut dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk Gaza yang memerlukan bantuan segera susulan krisis kemanusiaan yang berlarutan.

“Alhamdulillah, Presiden El-Sisi memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk memastikan akses ini dipermudah,” katanya.

Malaysia Tegas Tidak Akan Tunduk Halangan

Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia tidak akan tunduk kepada sebarang halangan dalam usaha menyampaikan bantuan kemanusiaan, termasuk cabaran yang berpunca daripada sekatan berterusan terhadap wilayah berkenaan.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan situasi global ketika ini memperlihatkan cabaran ketidakpedulian serta hipokrasi, namun Malaysia akan kekal dengan pendirian berprinsip dan bermaruah dalam mempertahankan hak golongan tertindas.

Beliau turut menyeru orang ramai agar terus mendoakan segala urusan dipermudahkan dan bantuan dapat disalurkan dengan selamat kepada rakyat Gaza.


Sumber: FB Anwar Ibrahim

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!