[VIDEO] Lelaki Campak Mee Goreng Nenek Mohon Maaf, Dakwa Hilang Kerja Selepas Video Tular

Seorang lelaki yang tular selepas mencampakkan mee goreng dimasak neneknya ke lantai tampil memohon maaf atas perbuatannya.

Lelaki berkenaan mengakui tindakannya itu sebagai biadab dan berkata dia benar-benar menyesal selepas rakaman kejadian tersebar luas sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Menurutnya, kontroversi tersebut turut menjejaskan kehidupannya apabila dia mendakwa telah diberhentikan kerja kerana majikannya berasa malu dengan kejadian berkenaan.

Dia juga mendakwa kini berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan baharu susulan penyebaran video tersebut.

Dalam masa sama, lelaki berkenaan merayu orang ramai yang memuat naik semula rakaman itu supaya memadamkannya dan tidak terus menyebarkan video berkenaan.

@ezanybudakbaik_

DIA DAH MINTA MAAF SEBAB BUANG MEE GORENG TU! Terus terang, mungkin disebabkan tok hang dah tua, jadi deria rasa dia dah kurang. So dia masak, tak sedap untuk lidah hang. Tapi tu bukan tiket untuk hang buang makanan tu. #fyp

♬ original sound - ezanybudakbaik_ - ezanybudakbaik_

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!