Luruan Angin Timur Dijangka Landa Pantai Timur Minggu Depan

Penduduk di Kelantan dan Terengganu diminta bersedia menghadapi kemungkinan hujan sederhana hingga lebat apabila luruan angin timuran dijangka berlaku di kawasan timur Semenanjung bermula 24 hingga 26 November ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ramalan berkenaan dibuat berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini.

Keadaan itu berpotensi membawa hujan dalam tempoh berkenaan, khususnya di kedua-dua negeri Pantai Timur.

Dalam perkembangan sama, penumpuan angin yang merentasi rantau negara dijangka berlaku pada 25 hingga 27 November 2026.

ramalancuacasignifikan


Fenomena itu dijangka melibatkan kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia serta Sabah.

“Pada masa yang sama, penumpuan angin yang merentasi rantau negara dijangka berlaku pada 25 sehingga 27 November 2026 yang melibatkan kebanyakan negeri di Semenanjung serta Sabah.

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan dan ribut petir berserta angin kencang dalam tempoh yang lebih lama,” katanya.

Susulan ramalan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my dan saluran media sosial jabatan berkenaan.

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat serta amaran cuaca yang sahih.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!