[VIDEO] Aliff Rakib Tunjuk Rumah RM1 Juta yang Dihadiahkan kepada Ibu Bapa

Juara dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship, Aliff Rakib memperlihatkan rumah bernilai RM1 juta yang dihadiahkan kepada ibu bapanya.

Rumah berkenaan dipercayai terletak di Rantau Panjang, Kelantan.

Jaguh berusia 22 tahun itu turut menjemput para pengikutnya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan pada 10 Ogos 2026.

Sebelum ini, Aliff mengumumkan hadiah tersebut ketika Majlis Sambutan Wira Kelantan di Lembah Sireh, Kota Bharu.

Beliau memaklumkan rumah itu dibeli menggunakan wang simpanannya sendiri hasil pendapatan sepanjang bergiat aktif dalam sukan Muay Thai.

@aliff_rakib

Jemput datang ke rumah hari ini❤️

♬ original sound - ALIFF RAKIB - ALIFF RAKIB

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!