Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu

Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila empat pasukan dari Malaysia dan Thailand berentap dalam kejohanan pra musim Liga Super, Sri Semantan Cup 2026/2027 yang akan berlangsung di Kota Bharu.

Kejohanan itu dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai 2026 di Stadium Sultan Muhammad IV.

Empat pasukan yang bakal beraksi ialah Kelantan Red Warriors FC (KRW), PDRM FC, Penang FC dan Pattani FC dari Thailand.

KRW bakal menggunakan kejohanan ini sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Super musim 2026/2027 selepas berjaya memperoleh slot secara merit.

PDRM FC pula hadir sebagai salah satu pasukan Liga Super, manakala Penang FC menamatkan saingan Liga Super musim 2025/2026 di tangga kelapan.

Turut mencuri perhatian ialah kehadiran Pattani FC yang berjaya melayakkan diri ke Thai League 1, iaitu divisyen tertinggi bola sepak Thailand.

Sri Semantan Cup dijangka menjadi pentas terbaik buat setiap pasukan menguji taktikal, keserasian pemain dan persiapan menjelang sepak mula Liga Super musim baharu.

Penyokong bola sepak khususnya di Kelantan dijemput hadir bagi memeriahkan suasana di Stadium Sultan Muhammad IV serta memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!