100 Mangsa banjir Chiku 1 dan Chiku 2 di pindahkan ke PPS

GUA MUSANG – Lebih 50 rumah di FELDA Chiku 1 dan Chiku 2 di sini terjejas akibat banjir selepas hujan lebat berlaku sejak jam 5 petang tadi. Seramai 100 mangsa banjir daripada 24 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Semai Bakti FELDA Chiku 2, menurut laman web info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Penduduk mendakwa banjir kilat berlaku akibat pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang menghalang aliran air hujan ke sungai berdekatan.

Muhammad Hazim Mohd Bakri, 25, berkata beberapa rumah di FELDA Chiku 2 dinaiki air selepas hujan lebat bermula pada petang semalam. Menurut beliau, projek LTU yang sedang dijalankan menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir dengan lancar, sekali gus menimbulkan banjir.

"Ini merupakan kali kedua banjir berlaku di FELDA Chiku 2 dalam beberapa bulan ini. Kejadian pertama tidak seteruk yang berlaku kali ini," katanya.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan FELDA Chiku 2 bagi menempatkan mangsa yang terjejas.

Razali Daud, 73, yang mengalami kejadian banjir buat pertama kali di rumahnya, berkata air mula memasuki dapur kira-kira jam 6.30 petang semalam. Menurutnya, walaupun hujan lebat sebelum ini, rumahnya tidak pernah dinaiki air setinggi ini.

Sementara itu, Shamsaziela Mohd Ghazali, 35, bersama 30 ahli keluarganya kini berada di PPS Dewan Chiku 2 selepas rumah mereka dinaiki air. "Kami tiba di pusat pemindahan sekitar jam 8.30 malam kerana air semakin naik dan hujan masih belum berhenti," katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian, Info Bencana JKM

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan