Satu lagi lubang benam di Jalan Gua Musang-Lojing, laluan ditutup selorong

GUA MUSANG – Sebahagian Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 78 ditutup selorong susulan kejadian lubang benam terbaru yang dikesan pada 12 Sept lepas.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Soh Yaacoub, berkata lubang benam sepanjang 15 meter dan sedalam 0.1 meter itu berlaku berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke.

“Jalan yang biasanya mempunyai empat lorong kini ditutup selorong di kedua-dua arah bagi semua kenderaan,” katanya.

Menurut beliau, kejadian itu dipercayai berpunca daripada aliran air bawah tanah serta pembetung di kawasan berkenaan, selain hujan lebat berterusan yang meningkatkan risiko mendapan.

JKR sentiasa memantau keadaan dan telah melaksanakan pelan pengurusan trafik bagi memastikan keselamatan pengguna.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo, menasihatkan pengguna jalan raya supaya memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan terbabit bagi mengelakkan kemalangan.

Sejak tahun lepas, lima insiden lubang benam telah berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang-Lojing, termasuk dua kejadian pada 23 Nov dan 12 Dis 2024, diikuti tiga lagi pada 15 Mac, 7 Ogos, dan 12 Sept tahun ini.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan