KRW FC Laku Keras, Tarik Minat Syarikat Besar Jadi Penaja

Bakal beraksi di pentas tertinggi bola sepak negara musim depan, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin mendapat kepercayaan apabila berjaya menarik beberapa syarikat besar sebagai penaja.

Antara syarikat yang diumumkan sebagai penaja ialah jenama pakaian terkenal Elrah, jenama minyak wangi Raja Perfume dan yang terbaru, produk kesihatan Sihaté.

Lebih Banyak Penaja Dijangka Diumumkan

Difahamkan, KRW FC kini berada dalam fasa akhir rundingan bagi mendapatkan sebuah syarikat dari Jepun sebagai penaja. Selain itu, ura-ura dalam kalangan penyokong turut menyebut sebuah pasar raya terkenal bersama beberapa lagi syarikat besar dikatakan menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan kelab tersebut.

Pengumuman rasmi mengenainya dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Penaja Lama Kekal Bersama KRW

Selain kemasukan penaja baharu, penaja sedia ada juga dilihat positif untuk meneruskan tajaan mereka memandangkan KRW FC bakal beraksi dalam Liga Super bagi musim 2026/27.

Dalam masa sama, kelab itu juga dikatakan sedang membangunkan sebuah pusat latihan sendiri yang akan berlokasi di sekitar Tunjung, Kota Bharu.

Langkah ini dilihat mencerminkan kesungguhan KRW FC untuk membina asas yang lebih kukuh dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan.

Kesungguhan KRW FC dalam membina semula kekuatan bola sepak Kelantan dilihat semakin jelas. Pendekatan pengurusan yang lebih tersusun, profesional serta bebas daripada kontroversi di luar padang berjaya meningkatkan keyakinan syarikat-syarikat besar untuk menjadikan KRW FC sebagai rakan penajaan.

Malah, reputasi tersebut menjadikan KRW FC bukan sahaja sebuah pasukan bola sepak, malah dilihat sebagai platform pemasaran yang bernilai tinggi untuk memperkukuhkan jenama syarikat. Dengan perkembangan positif ini, tidak mustahil lebih ramai penaja akan tampil menyertai perjalanan KRW FC pada masa akan datang.

Kelab semakin melangkah kehadapan, pengurusan sudah mantap, penyokong pula boleh beli Pas Bermusim serendah RM400 untuk tempat duduk terbuka disini!


SHARE:

TERKINI

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Mencandat Sotong Di Perairan Besut
|
Hasrat seorang lelaki untuk mencandat sotong bersama rakan-rakannya berakhir…
PPM Rampas Rokok Seludup, Arak Bernilai RM1.9 Juta Di Kelantan
|
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya…
PRN Johor: Khairuddin Ajak Ahli PAS Undi BN Di Kawasan Tidak Tanding
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Takiri…
Markas Ajaran Syiah Diserbu, 226 Individu Termasuk 28 Kanak-Kanak Diperiksa
|
Sebuah premis di Pusat Perdagangan Lagoon Perdana di Petaling…
KRW FC Laku Keras, Tarik Minat Syarikat Besar Jadi Penaja
|
Bakal beraksi di pentas tertinggi bola sepak negara musim…
Klinik Swasta Tanpa Tauliah, Warga Pakistan Jadi Doktor Palsu
|
Seorang lelaki warga Pakistan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!